Monday 5 December 2011

Struktur Bandar dan Bentuk Bandar


Pengenalan

Di dalam usaha untuk mengenalpasti peranan dan bagaimana bandar berfungsi adalah perlu untuk memahami apa yang dimaksudkan sebagai struktur bandar dan bentuk bandar.




Struktur Bandar

Struktur Bandar adalah bagaimana guna tanah bandar disusun. Struktur Bandar juga dirujuk sebagai struktur ruang bandar yang meliputi susunan ruang awam dan persendirian dalam bandar dan darjah saling hubungan dan eksesibiliti. Struktur bandar ditunjukkan melalui pelbagai hubungkait antara elemen di dalam aktiviti bandar berkenaan. Ianya mungkin kompetitif, pelengkap atau tambahan kepada kawasan di dalam bandar tesebut dan dengan itu menggambarkan bahawa bandar mempunyai struktur. Struktur ini mempunyai susunan atau tertib dan susunan in mempunyai karekter reruang. Struktur bandar adalah hasil daripada tindakan manusia dan memberi kesan kepada penggunanya. 

Model struktur bandar hanyalah generalisasi bagaimana tanah dibahagi kepada kegunaan yang bebeza di dalam bandar.  Terdapat tiga model asas guna tanah bandar ia itu Model Zon Konsentrik, Model Sektor, dan Model Pelbgai Pusat. Walaubagaimanapun setiap bandar adalah unik. Tambahan lagi susunan begini adalah tindak balas pengaruh sejarah, budaya, sosial dan ekonomi dan oleh itu berbeza mengikut wilayah.  Contohnya bandar-bandar di Amerika Utara mempunyai Kawasan Pusat Bandar yang nyata dan jelas dan becirikan migrasi masuk yang tinggi.  Namun ia juga menunjukkan ketidaksamaan wilayah dalaman bila aktiviti pembuatan berpindah daripada kawasan pusat meninggalkan kejiranan yang usang dan penduduk yang terpinggir. Bandar-bandar dunia ketiga juga menunjukan kadar migrasi masuk yang tinggi tetapi zon-zon ketidaksamaan tidak pula tertumpu di kawasan pusat. Ini disebabkan oleh sejarah pembangunan dan keadaan ekonomi adalah berbeza.  
Model bandar monosentrik Alonso (1964), Muth (1969), and Mills (1972) masih merupakan model struktur reruang bandar popular dan berpengaruh. Model ini mengambarkan bandar abad ke 19 di mana pekerjaan tertumpu di pusat bandar. Ciri-ciri bandar monosentrik ialah;
  • Pengangkutan antara bandar – Nod Ekspot Pusat. Pelabuhan atau stesen keretapi terletak di pusat bandar dan dari situ firma-firma menghantar pengeluaran barangannya ke bandar-bandar lain.
  • Pengangkutan dalam bandar – Firma-firma pembuatan menghantar pengeluarannya dari kilang ke nod ekspot.
  • Kos ulang-alik perkerja – pekerja tinggal di luar pusat bandar dan berulang-alik ke tempat kerja.
  • Ekonomi Penumpuan – Pejabat industri bergantung kepada interaksi bersemuka.
Untuk mengurangkan kos ulang-alik, pekerja berbelanja lebih untuk perumahan berdekatan dengan pusat bandar.  Hasilnya perumahan dan harga tanah dijangka menurun mengikut jarak dari pusat bandar. Kelebihan bandar monosentrik ialah ia lebih efektif untuk mengekalkan nisbah tinggi perjalanan pengangkutan awam. Ia juga mepunyai purata perjalanan yang lebih pendek berbanding bandar polisentrik. Bandar monosentrik mempunyai kepadatan yang lebih tinggi daripada bandar polisentrik dan oleh itu memberi kurang tekanan kepada alam sekitar semulajadi.
Namun ide bahawa pekerjaan tertumpu pada pusat bandar tidak lagi sesuai untuk mengambarkan struktur reruang bandar. Struktur polisentrik telah menjadi lebih jelas mengikut peredaran masa. Kemalapan peranan kawasan pusat bandar telah berlaku walaupun dengan kelebihan yang ditawarkan untuk firma-firma untuk berlokasi di situ.  Kelebihan bandar polisentrik ialah ia berkemungkinan mempunyai nilai tanah yang lebih rendah dan oleh itu  meningkatkan penggunaan ruang lantai.  Bersangkutan dengan ini juga perniagaan-perniagaan kecil lebih mudah memperolehi tanah di bandar polisentrik. Walaupun bandar polisentrik mengakibatkan lebih polutan dikeluarkan disebabkan oleh perjalanan yang lebih jauh, ianya kurang tertumpu dan oleh itu kurang memberi kesan kepada kesihatan.

Kepentingan Struktur Bandar

Struktur bandar dapat menggambarkan pelbagai perkara antaranya ialah;
  • menunjukkan pergerakan laluan sama ada ia terus dan selesa serta mudah untuk berjalan kaki atau berbasikal
  • penggunaan tanah efisien
  • kualiti tempat
  • skala adalah intim, grand atau antaranya, yang menyumbang kepada penghargaan skala dan rasa sense of belonging dan komuniti.
  • tersusun dan pergerakan di dalamnya tidak sukar difahami
  • ruang-ruang tertinggal dan tidak mati

Bentuk Bandar

Bentuk bandar meliputi bentuk fizikal dan fungsi bandar. Ia meliputi susun atur bangunan,jalan, kawasan lapang, infrstruktur fizikal dan sosial dan infrastruktur pengangkutan. Bentuk bandar mencipta persekitaran binaan di mana penduduk tinggal, bekerja dan bergerak. Bentuk bandar ialah spatial imprint susunan ruang bagi bandar (Dr. Jean-Paul Rodrigue). Bentuk bandar berkait kepada bagaimana bandar direkabentuk dan dibina.

Terdapat empat corak asas bentuk bandar ia itu Gridiron, Linear, Radial Concentric, dan Curvilinear.
Corak gridiron dicirikan dengan jalan yang merentasi satu sama lain. Corak ini sesuai bagi kawasan yang landai. Kelebihan utama corak ini ialah kebolehsampaian yang tertinggi. Kelemahan utama pula ialah terlalu banyak persimpangan empat yang boleh membawa kepada konflik lalulintas dan melembabkan aliran trafik.

Corak linear bercirikan satu  jalan yang menjadi tunjang
kepada kawasan tersebut. Ia terutamanya menggambarkan kawasan bandar yang tumbuh sepanjang lebuhraya atau jalan utama. Ciri utama corak ini ialah kebanyakan pembangunan berdepankan laluan utama. Kelemahan utama pula ialah sukar untuk menentukan pusat bagi kawasan bandar ini.

Corak radial concentric bercirikan dengan suatu pusat  dengan jalan menjalar keluar daripadanya. Ia terutamanya menggambar-kan banyak bandar lama di atas plateau atau di lembah-lembah.  Ciri utama corak ini ialah pusat yang ketara sebagai fokus. Kelemahan utama pula ialah kawasan pusat ditimpa kesesakan.

corak curviinear bercirikan dengan jalan yang melingkar. Ia terutamanya menggambarkan banyak bandar di kawasan berbukit.  Ciri utama corak ini ialah ia mengikuti bentuk rupa bumi atau kontor. Kelemahan utamanya ialah kekurangan laluan alternatif.

Bandar adalah dinamik dan oleh itu bentuk bandar tidak statik, ianya sentiasa berubah. Sebuah bandar boleh mempunyai pelbagai bentuk di bahagian-bahagian yang berbeza. Perbezaan ini telah dipacu oleh pelbagai faktor antaranya;

  •  nilai dan falsafah,
  •  sistem kerajaan,
  •  saiz penduduk,
  •  kaedah binaan,
  •  teknologi pengangkutan,

Pada masa hadapan, senario bentuk bandar mungkin berubah lagi, antaranya termasuklah bandar densiti rendah dan berselerakan; bandar kompak (Compact city) dimana penduduk dan densiti di pusat bandar ditingkatkan; bandar nod (Edge city) dimana peningkatan penduduk, kepadatan perumahan dan pekerjaan di nod-nod terpilih di dalam bandar dengan lebuhraya menghubungi nod-nod ini; bandar koridor (Corridor city) dimana pertumbuhan sepanjang koridor terpancar dari pusat bandar dengan disokong oleh pngangkutan awam; bandar pinggir dimana pertumbuhan tambahan terutamanya dipinggir bandar utama; dan bandar ultra dimana pertumbuhan di bandar luar daerah dalam jarak 100km. Daripada bandar utama dan dihubungi dengan sistem pengangkutan laju.
Kepentingan Bentuk Bandar

  • Bentuk bandar boleh memberi kesan kepada kebolehan bandar-bandar untuk memberikan cara kehidupan yang lebih baik. 
  • Bandar kompak boleh mengurangkan keperluan kepada kenderaan dan impak yang dibawanya.  
  • Bandar yang melimpah dan bergandingan akan menyebabkan penaklukan kawasan-kawasan hijau dan pertanian.
  • Bandar-bandar yang diserakkan akan membolehkan kawasan hijau dimasukkan diantara bandar-bandar tersebut dan menjadi landskap bandar lebih menarik.
  • Bentuk bandar boleh mempengaruhi pencemaran bandar dan pencemaran yang meningkat akan mengurangkan kebolehhidupan di dalam bandar, penarikan kepada pelabur dan juga pelancong. 

Bentuk Bandar dan  Walkability

Kejiranan dengan  cul-de-sac dan jalan berliku, seperti di sebelah kiri, mempunyai destinasi kedai yang terhad dalam jarak berjalan kaki.  
Rangkaian jalan grid,seperti di sebelah kanan, meletakkan lebih banyak kedai dan perkhidmatan lain dalam jarak berjalan kaki dari rumah.


Kesimpulan

Umunya struktur bandar adalah bagaimana guna tanah bandar disusun. Ia juga dirujuk sebagai struktur ruang bandar yang meliputi susunan ruang awam dan persendirian dalam bandar dan darjah saling hubungan dan eksesibiliti. Struktur bandar ditunjukkan melalui pelbagai hubungkait antara elemen di dalam aktiviti bandar berkenaan. Bentuk bandar pula menggambarkan corak bandar berkenaan yang meliputi susun atur bangunan,jalan, kawasan lapang, infrstruktur fizikal dan sosial dan infrastruktur pengangkutan. Ia berkait kepada bagaimana bandar direkabentuk dan dibina.


3 comments:

  1. Info yang menarik.... Namun perancagan masa kini tidak menitik beratkan tentang fakta2 mengenai perancangan ini. Mereka lebih suka menggunakan kuasa politik dan duit dalam membangunkan kawasa....
    Sebagai contoh, sekiranya ada duit yang banyak seseorang individu itu boleh membangunkan tanah dengan duit yang mereka ada. Manakal, cadangan yang dicadangkan oleh perancang bandar pada masa sekarang tidak selalunya, diterima cadangan ahli politik selalunya yang diterima walhal ahli politik tidak mempunyai pengetahuan dalam dunia perancagan bandar.. Jadi macam mana nk mengatasi masalah yang berlaku ini....????

    ReplyDelete
  2. Bidang perancangan bandar perlukan idea2 baru yang sesuai, setempat dan terkini..Isu perlaksanaan idea town planner penting diambilkira..faktor politik dan kewangan dapat diatasi sekiranya idea perancangan yang praktikal dan menyakinkan. All the best.

    ReplyDelete
  3. Setuju dengan komen-komen kalian..kadang teori tidak selaras dengan praktikal atau dalam kata lain "word speaks louder than action"

    ReplyDelete