Pengenalan
Pertumbuhan merujuk kepada pertambahan
kepada suatu kuantiti dalam suatu jangkamasa. Kuantiti itu boleh berbentuk
fizikal atau abstrak (sistem menjadi lebih kompleks). Pembangunan merujuk kepada perkembangan, pembesaran dan pembaikan seiring dengan pertumbuhan.
Pertumbuhan ekonomi ialah peningkatan pada nilai
barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh sesuatu ekonomi dan diukur melalui kadar peningkatan kadar
pengeluaran dalam negara kasar. Pembangunan
ekonomi pula ialah pembangunan kekayaan Negara untuk kesejahteraan rakyat.
Ia boleh dianggap sebagai usaha untuk memperbaiki kesejahteraan ekonomi dan
kualiti hidup rakyat dengan menjana pekerjaan dsbnya.
Pertumbuhan
Bandar
Pertumbuhan
bandar boleh ditakrifkan sebagai perubahan dalam corak kegunaan tanah
bandar daripada kegunaan kurang intensif
kepada kegunaan lebih intensif. Ia juga
boleh dirujuk sebagai proses pertumbuhan dan kemerosotan ekonomi penumpuan (economic agglomerations). Pertumbuhan
dan kemerosotan bandar adalah berkait kepada proses pembandaran.
Pertumbuhan ekonomi akan berlaku jika bandar dan jumlah bandar-bandar tumbuh
dan bertambah, kerana pertumbuhan ekonomi adalah hasil daripada pertumbuhan
saiz dan jumlah bandar-bandar. Indikator
pertumbuhan termasuklah lebih ramai penduduk, lebih banyak bangunan, lebih
banyak tanah, lebih banyak jalanraya, lebih banyak perkhidmatan awam, dan lebih
banyak industri. Namun ini bukan pengukur yang absolut.
Pertumbuhan bandar yang pesat menjana pertumbuhan ekonomi |
Faktor-Faktor
Pertumbuhan Bandar
Terdapat
pendapat menyatakan pertumbuhan bandar adalah hasil daripada interaksi dinamik
yang kompleks antara kawalan dan keperluan perancangan, tanah yang boleh
dibangunkan dan aktiviti dan faktor-faktor stimulan. Ia melibatkan polisi,
aktor, perlakuan, proses dan corak. Polisi adalah yang paling berpengaruh di peringkat
makro. Aktor adalah agen-agen perilaku. Perlakuan adalah tindakan oleh aktor-aktor
berkenaan. Proses menunjukan dinamik di dalam pertumbuhan bandar. Sementara corak adalah hasil
yang dapat diperhatikan.
Terdapat
juga pelbagai lagi faktor yang berinteraksi dalam membawa kepada pertumbuhan
bandar. Faktor-faktor ini adalah;
- Peluang-peluang ekonomi
- Pertumbuhan industri
- Pertumbuhan permintaan untuk barangan dan perkhidmatan
- Pertumbuhan penduduk
- Perkembangan teknologi, dan
- Dasar awam
Contoh aktiviti akibat dari pertumbuhan bandar yang boleh menjana ekonomi |
Kadar
pertumbuhan bandar tidak seimbang antara bandar-bandar. Pertumbuhan sesebuah
bandar bergantung kepada kelebihan relatif bandar berkenaan berbanding
bandar-bandar lain. Sesebuah bandar yang telah bertapak (established) tentunya mempunyai kelebihan relatif berbanding bandar
lain dengan terdapatnya kemudahan-kemudahan yang telah sedia ada.
Kesan Pertumbuhan Bandar
Pertumbuhan bandar akan memberi
pelbagai kesan kepada bandar, antaranya ialah;
- megubah corak guna tanah dan nilai tanah di dalam bandar
- mengubah intensiti kegunaan tanah
- membawa lebih banyak aktiviti dan penduduk ke dalam bandar
- membawa kepada penyusunan semula guna tanah bandar
- membawa kepada penyusunan semula struktur bandar dan pembesaran bandar.
- meningkatkan peluang pekerjaan
- pembaikan rangkaian pengangkutan
- pembaikan perkhidmatan dan kemudahan
Contoh aktiviti guna tanah di Kuala Lumpur |