Tuesday, 20 September 2011

Rebakan bandar


Contoh rebakan bandar yang berlaku di Baltimore, Maryland dari tahun 1792-1992

Rebakan bandar sering menjadi isu di kawasan-kawasan yang pesat membangun. Bermula daripada kawasan kecil yang didiami oleh populasi penduduk yang sedikit dan rumah-rumah atau bangunan-bangunan yang hanya mencukupkan kehendak yang ringkas, kawasan tersebut kian berkembang dari semasa ke semasa dengann pelbagai kegiatan ekonomi dan pelbagai aktiviti yang dapat menambah populasi kawasan tersebut.

Kemudian, apabila bertambahnya populasi kawasan terebut, maka kegiatan ekonomi dan pelbagai lagi aktiviti manusia di kawasan tersebut akan bertambah rancak yang dapat menjana ekonomi kawasan tersebut. Hipotesis mudah dapat diterbitkan dalam perkembangan bandar, semakin bagus penjanaan ekonomi sesuatu kawasan, semakin berkembang maju sesuatu kawasan sehingga membentuk sebuah bandar, dan hipotesis ini jika diteliti, berlaku pada setiap bandar yang sedang membangun. Maka tidak hairanlah jika rebakan berlaku dan terus berlaku pada bandar yang sudah maju. Contohnya pada perkembangan bandar Kuala Lumpur. Dahulunya merupakan kawasan bandar yang kecil, kemudian berkembang sehingga kawasan pinggir bandar menjadi "mangsa" kepada perkembangan bandar tersebut.

Kembali kepada punca rebakan bandar, kepesatan penduduk akibat berlakunya migrasi ke bandar menjadikan kawasan tersebut semakin padat dengan pelbagai pembangunan terutamanya rumah pangsa atau rumah bertingkat. Perlunya rumah jenis sedemikian kerana keluasan tanah yang terhad untuk menampung keperluan tempat tinggal penduduk yang semakin bertambah. Selain itu, penambahan bangunan-bangunan kerajaan dan swasta merancakkan lagi rebakan bandar. Hal ini disebabkan pembangunan sedemikian memberi peluang pekerjaan kepada orang ramai dan seterusnya migrasi ke bandar akan berlaku dan terus berlaku.

Dengan kehebatan aksessibiliti di kawasan bandar yang memudahkan capaian orang ramai seperti kemudahan jalan raya, kemudahan keretapi, LRT dan sebagainya merancakkan lagi perkembangan bandar.

Maka tidak hairanlah jika perkembangan sesuatu bandar berlaku begitu pesat yang menyebabkan berlakunya fenomena rebakan bandar bagi kawasan pinggir bandar dan luar bandar.

Monday, 19 September 2011

Langkah Bermula

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pengunjung-pengunjung blog "Plan For Planning".

Langkah bermula...
Khas untuk pelajar-pelajar dan individu-individu yang meminati bidang perancangan bandar dan wilayah, blog ini akan berkongsi berkenaan pengetahuan dan perkongsian penulis berkenaan bidang perancangan sesuatu kawasan itu sendiri.

Bukan mudah untuk membina sebuah kawasan yang asalnya adalah lapang, tiada apa-apa dan pada akhirnya dipenuhi dengan bangunan-bangunan konkrit, tumbuhan hijau dan orang ramai untuk dinikmati bersama. Banyak perkara perlu diketahui umum dan perancang bandar itu sendiri dan perkara tersebut akan dibincangkan dan dikongsikan bersama-sama anda semua.

Dengan setinggi harapan agar anda semua dapat memberi kerjasama dan berkongsi segala ilmu pengetahuan di dalam blog ini. Segala komen-komen yang membina amat-amat dialu-alukan.


Sekian